Wednesday, February 22, 2012

Selipar

Hari ni dalam surat khabar ada masuk cerita pasal orkid selipar. Mari kita layan gambar di bawah







Gambar-gambar ni bukan kan laman rumah, tapi di gerai pameran. Tahun lepas ada juga cuba membela orkid ni, tapi dah jadi mimpi ngeri. Semua dak KO. Awal-awal tu cantik aje pokoknya, tah di mana silap akhirnya semua ke syurga. Nak beli lagi rasanya tidak. Dengan harga yang ditawarkan sebegitu, rasanya macam serik pulak (buat setakat ni, akan datang tak tau la pulak). Tapi....ada tapinya, kalau ada orang yang sudi nak sedekah kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.

4 comments:

  1. hahahaha... klu ada yg sedekah lebih tue saya pun nak....

    ReplyDelete
  2. Jaga ladi sliper ni mudah je sebenarnya dengan syarat medium tanaman , kelembapan dan cahaya dapat disesuaikan. Tapi nak buatnya berbunga yang paling sukar, macam saya punya . Bertahun-tahun masih menunggu.

    ReplyDelete
  3. Sesiapa sahaja yang cuba membela pokok jenis ini kalau tak ke syurga memang dah tahap Sifu. Pengalaman saya dah beribu pokok saya hantar ke syurga. Benar apa yg dikatakan oleh Minat Orkid, Media tanaman, Cahaya serta kelembapan. Pada saya paling utama ialah cahaya kerana rata-rata pokok jenis ini pada habitat asalnya memerlukan tahap lindungan dari cahaya matahari dari 95% ke 100%. Apabila gelap secara automatiknya kawasan tanaman akan wujud kelembapan. Selamat mencuba lagi.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua, nak tanam semangat dulu baru boleh tanam selipar ni

    ReplyDelete