Friday, March 25, 2011

Adenium (1)

Macam mana aku boleh terbela pokok ni ya? Biasanya aku tengok di rumah orang cina banyak tanam pokok ni. Dah terlanjur pergi nurseri aku pun beli. Tapi pokok pertama aku tak ada gambar pulak. Bermula dengan adenium pink yang aku beli dengan harga RM6 sepokok. Masa ni pokok tu kecil aje dan nurseri tu pun nak pindah tempat. Rasanya dah lebih 10 tahun aku tanam tapi tak cantik sangat pokok dia sebab aku tak pandai nak menghias/membentuk pokok ni.



Ni adenium warna merah. Kelopak dia agak bulat dan warnanya tidak terlalu gelap. Ni pokok kedua aku. Masa beli pun kecik aje. Sebenarnya pokok ni pernah diserang siput, habis kulit di sekeliling batangnya yang memebengkak tu. Nasib baik dia pulih. Memang tak mengecewakan sangat rajin berbunga.




Yang ni warna putih. Dah banyak warna lain tak kanlah warna asas macam ni aku tak ada kan? Ha tu yang aku beli tu. Masa ni aku beli sebagai hadiah untuk diri sendiri di sebuah nurseri yang memang menyemai pokok ni. Kononnya sempena hari ibu pada tahun lepas. Lepas ni aku malas nak beri hadiah hari ibu. Buat apa aku ikut sangat budaya barat kan? Biarlah aku sambut hari ibu setiap hari...so hari-hari adalah hari ibu.Hadiah?...parah tu kalau kena beli hari-hari. Sekarang ni pokok dalam rawatan sebab aku tak pandai tanam. Tersalah guna tanah, tak menjadi. Bila aku guna tanah yang bercampur dengan organik, habis pokok aku. Aku kena ikut cara lama, guna tanah tepi jalan depan rumah, yang banyak pasir tak perlu tanak gred baik. Ha! dah mula keluar daun baru...namapun "try n error". Asal pokok aku tak kojol sudah.



Gambar tak berapa jelas. Maklumlah kamera cap ayam, bukannya DSLR. Cantik kan warna dia. Warna merah hati. Aku tak ingat di mana aku beli pokok ni. Mungkin tempat yang sama dengan yang putih itu. Kelopak dia agak runcing.





Pokok yang sama. Warna dia berbelang-belang. Aku namakan pokok ni "stripe pink" (merah jambu berbelang). Ni pun aku beli di nurseri yang sama dengan yang putih tu..Gambar yang bawah tu lepas hujan. Tu yang tak menarik...time bunga time tu hujan le pulak. Kembang tak lama lah jawabnya.

Lepas tu aku ada beli yang berlapis,gelarannya "roses 1000 years". Mengikut kata penjual, pokok ini dibawa dari Thailand. Punyalah mahal, dua kali ganda dari jenis pink berbelang dah lah tu, pokok tu comel aje. Tapi malangnya, beberapa hari di tangan aku pokok ni lembik. Nasib baik tak kojol. Aku ikut tip dari apek nurseri dia suruh cabut lepas tu gantung (anginkan)satu atau dua minggu. Lepas tu tanam semula. Dah dua kali aku buat dan akhirnya tanah tepi jalan juga yang dia berkenan. Sekarang ni baru nak keluar daun (agak lebar dan lebat). Seronok aku tengok...gambar?..tak ada lagi. Cantik tau, warna merah hati berbelang.

Sunday, March 20, 2011

Perubahan

Kalau sebelum ni aku dah masukkan gambar laman aku yang dah hijau, kali ni aku nak tunjukkan pula laman lamaku.



Ha, tulah gambar tempayan dari kg yang kami angkut. Gambar model tu gambar bujang nombor dua sedang menikmati ikan bakar. Rasanya ni dalam bulan Febuari 2010. Tempayan tu kami gunakan sebagai meja sementara. Nak cuba cari alas bulat tapi tak jumpa.




Masa ni aku mula tanam rumput. Aku tanam lepas 3 April. Tanam sikit-sikit. Nampak tak meja BBQ tu. Masa ni penutup dia aku guna papan lapis aje, ni pun aku minta wak yang renovete rumah sebelah.




Lepas tu beli lagi rumput dan tanam biar penuh. Lepas ni dapatlah aku mengikuti perkembangan laman rumah aku. Itupun bergantung pada aku sendiri jugga.

Thursday, March 17, 2011

Teruja

Keterujaan untuk berkongsi.

Inilah rupa paras taman aku. Nak kata cantik...ehem...tak secantik mana. Setelah setahun aku berpindah ke rumah ini, dari laman yang kosong sekarang dah macam ni. Ni berkat hasil usaha aku sendirlah (isi bakul angkat sendiri). Ni taman yang bersepah, tak ada pakar konsultant yang tunjuk ajar. Try and error..



Nampak tak meja dan bangku kayu tu. Ha, meja tu adalah meja BBQ, kan ada lubang di tepi-tepinya, hasil usaha Steven, tukang renovation rumah ni sebelum kami berpindah ke sini. Mula-mula tu aku suruh buat macam dalam majalah Anjung Seri, kecik aje, tapi dia kata tak cantik, dia nak buat yang besar "country style". Penutup meja tu..ehem..ehem....hasil kerja tangan aku. Tak percaya? Kena percaya juga. Ingat perempuan tak boleh buat ke?..Walaupun rumah ni ada bekas engineer, tapi meja tu adalah hasil usaha bekas ahli kimia..So kayu tu bekas lantai rumah aku di kampung. Kayu keras tu...sekurang-kurangnya ada juga kenang-kenangan rumah lama aku. Penutup meja tu boleh diangkat untuk diggunakan sebagai tempat untuk membakar atau membuat BBQ. Bangku dari railway sliper tu aku tempah di nurseri tepi highway di sini. Dua kali tempah sebab budget ciput...



Di penjuru tu ada pokok berdaun halus. Aku beli di Pekan Nenas masa mula-mula kami tempah rumah ni. Kiranya usia dia bermula dari aku beli dah mencecah dua tahun lebih. Ingatkan nak beli yang berbunga merah, tapi tokey tu kata merah tak cantik dan value dia kurang bila dah besar. Aku ikut aje..

Depan dia tu ada tempayan besar kan. Ha kami angkut dari kampung suami. Dari terbiar tak digunakan (lagipun dah retak) baiklah kami angkut (aku tak kesah orang nak cakap apa).

Ha nampak tak pokok palma yang sedang naik tu. Pokok tu aku semai dari buahnya sebaik sahaja kami letak duit booking untuk rumah ni. Teruja sangat nak mempunyai taman sendiri. Rumah lama dah tak ada tanah sebab semuanya dah bersimen. Usianya pun lebih kurang dua tahun lebih. Dulu aku semai dalam polibeg kecik, lepas tu tak alih dalam polibeg besar, tu yang lambat membesar.



Ni deretan pokok lidah jin/lidah mak mertua dengan bunga adenum. Pokok adenum tu ada yang lama dan ada yang baru. Di celah-celah tu ada juga pokok tahi ayam dan santalia..

Nanti aku tulis lagi ya...

Blog Baruku


Aku buat blog baru ni sebab tak nak campur adukkan antara hobi dan paribadi. Lepas ni bolehlah tambah koleksi. Sebab apa letak "Little Raudah". Sebenarnya aku nak letak Taman Mini, Taman Bunga dan macam-macam. Tapi dah banyak sangat nama yang sama. Apa kata letak sedikit nama arab. Kira campur-campur lah ni.