Thursday, May 24, 2012
Saturday, May 19, 2012
Rhynchostylis gigantea
Pokok ni beli di nurseri TM. Sebelum ini ada ternampak di salah sebuah rumah jiran. Berkenan sangat dengan warnanya. Ini pun datang kali ke-2 selepas kali pertama datang tak cukup ongkosnya. Tak sangka pula selepas selamat sampai di rumah ini keluar pulak spike. Walaupun dah jatuh ke tanah dua kali kerana ditiup angin kencang tapi masih ada rezeki untuk menatap bunga ini. Itu yang bunganya tak penuh sebab ada beberapa kuntum yang terpatah. Gembira tak terkata bila melihat bunga yang cantik dan haruman yang memikat.(tapi tak pasti yg saya punya ini sp atau hybrid)
Hari ni dapat tahu nama dia bukan Rhychostylis gigantea, rupanya Rhyncovanda Colmarie. Minta maaf la ya...Cik Yah baru belajar...hehehe. Kepada cikgu-cikgu di luar sana minta tunjuk ajar anak murid ni ya.
Thursday, May 10, 2012
Macam-macam Mei 2012
Bunga ni baru beli, dalam perjalanan balik ke rumah terpatah tinggal dua kuntum, satu disengat kumbang dan tinggal satu ja ni.
Bunga ni beli pada awal tahun 2010. Masa mula-mula beli duli hanya sebatang lebih kurang 4". Keluar anak lagi sebatang dan berbunga tapi batang yang lama pula busuk. Tinggalah sebatang ini.
Orang yang jual tu kata Phal sakura. Ini spike pertama selepas spike yang mula-mula beli tu dah kering.
Yang ini merupakan spike yang ke tiga selepas pertama kali dia berbunga. Tak sangka pula rajin berbunga selepas penantian yang terlalu lama.
Dendro kuning-purple
Oncidium Gower Ramsey Pure Yellow. Yang ini penjual tu beri sebab selipar aku mati. Lambat betul nak beranak pinak sebab nak sedekah kat kawan-kawan.
Yang ini tak tau jenis apa, warna merah-oren
Tunggal-Phal.
Saturday, May 5, 2012
Cymbidiym
Kali ni pun kita cuci mata dengan orkid di rumah MIL
Sebenarnya di rumah ni pun ada pokoknya, MIL yang beri...tapi baru nak keluar anak, kalau tidak dok macam tu aje 3 batang. Sementara nak menunggu pokok yang di rumah ni berbungga tah bila, tu yang kita muat turun dulu gambar di kampung. Mula-mula dulu tengok warnya agak terang macam Cymbidium ractum, tapi bila tengok warna lips dia tak ada pulak warna merah gelap tu, bila tengok buku, Cymbidium finlaysonium warnanya agak pudar pula. Tak apa...kita serahkan kepada pakar untuk menentukannya. Tak payah nak pening-pening.(Terbaca di salah satu link, dia kata ni jenis Cymbidium tricolor...entahlah ya)...Hehehe...dah confirm finalysonium
Subscribe to:
Posts (Atom)
