Sunday, August 28, 2011

Pondok Orkid Raya

Hehehe...orang gomen sebok dapat bonus untuk raya, bagi aku yang dah tak kerja ni dapat pondok orkid pun dah kira bonus....seronok sangat.


Bangku kontraktor pun belum angkat lagi


kerja-kerja mengantung bermula



Ini kes dah tak cukup tempat/kayu, dalam pasu pun letak banyak-banyak.


Duduk diam-diam kat tepi tu ya.



Ingatkan bila dah ada pondok orkid ni dah tak sepah pokok-pokok orkid tu, rupa-rupanya tak cukup. Jiran aku kata kena tambah pondok baru. Tapi aku rasa tak perlu, cukuplah apa yang ada ni, tanah pun sekakang kera.

nota: Terima kasih untuk abang sebab memperuntukkan $$$ untuk pondok orkid saya.

Saturday, August 6, 2011

Sungguh indah

Bila dia berkembang, hati pun turut berbunga...







Biasanya lepas seminggu tabur baja ia pasti berbunga, lebat bunganya ikut keadaan...yang pasti, setiap orang yang lalu mata pasti tertumpu. Guna baja sawit aje, baru dia galak berbunga. Masa baru tanam pokoknya baru setengah dari tinggi ini. Subhanallah.

Merah









Friday, August 5, 2011

Pokok baru

Orkid ni dapat pada hari selasa lepas. Fauzan poskan dari Tapah, dia kata dapat dari orang asli yang tebang pokok untuk buat kebun di Cameron Highland. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatang dengan tapak tangan terbuka sedia menerimanya. Siapa yang tak nak dapat orkid free. Harap-harap dapat hidup le dia di Pasir Gudang ni. Selepas dua hari duduk dalam bilik air, aku siap juga mengikat kat dahan kayu. Mula-mula tu aku macam nak stop (berehat seketika) dari orkid-orkid ni sebab dah tak ada tempat nak letak, tapi bermacam-macam tanda yang tak beri aku stop.






Hj. dah bersuara bila nak ikat poko-pokok orkid yang di bilk air tu, sebab banyak tu yang nampak menyemak. Padahal bukan ada orang guna bilik air bawah tu. Dan hasilnya...





Kayu yang pertama tu aku ikat jenis yang sama kecuali atas sekali sejenis dendro. Dahan pokok dah habis, beluti untuk kayu kedua. Sebenarnya ada lagi tapi tak sempat lagi nak tangkap.. Masa ikat tu terperasan ada beberapa jenis orkid yang kecil tapi orang tu beri pokok-pokok yang besar aje. Apapun terima kasih banyak-banyak.