Thursday, March 27, 2014

Cymbidium

Sebelum pergi berjalan, kita post lebih sikit.







Nama dia ni lupa, nanti kalau dah ikat kita letak namanya.

Cymbidium atropurpureum..(terima kasih kepada yang memberitahu)

Dendrobium

Dulu pernah post sesi pertama
Kali ni  sesi kedua



 Yang ini sesi ketiga dia berbunga.


Bunga ini agak kecil sedikit daripada anosmum yang biasa kita nampak tu.
Masa beli dulu si penjual tulis Anosmum phillipine.
Wangi tetap wangi.

Onci


Bulan lepas beli cutting ni, cuma ada 3 batang (bulb/psudobulb-betul ke ni?)
Hanya mampu beli cutting aje, maklumlah bunga cantik harga pun mahal.
Sekarang ni kan dalam proses berjimat.

Makcik dah berjumpa beberapa senior yang tanam jenis oncidium ni. Macam-macam cara yang mereka guna, ada yang siram seminggu sekali, ada yang siram hari-hari.
Makcik pulak jenis yang suka mencuba (degil tak dengar kata orang tua)
Jadi makcik tanam sesedap rasa setelah beberapa kali kecundang.
Bak kata orang, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Sila lah ya tengok cara makcik tanam, semberono aje.
Makcik tak rajin pilih-pilih siram pokok, pukul rata aje.

Wednesday, March 19, 2014

Ahemmm!!!

Sakit tekak pulak





Dah masuk dua tahun pokok ini dalam jagaan makcik. Pertama kali berbunga tak sempat nak tengok, kali ini baru dapat tengok.
Gembira? Sudah pasti.
Segala pujian kepada Pencipta

Zigopetalum ...

Tuesday, March 11, 2014

Sunday, March 9, 2014

Thursday, March 6, 2014

Kecil Yang Tidak Menghampakan



Walaupun bunganya halus tapi rajin berbunga.
Pemberian dari penjual orkid sewaktu berkunjung ke nursery beliau pada hujung tahun 2011.

Monday, March 3, 2014

Dendrobium





Dendrobium ypsilon.
Rupanya seakan-akan dendrobium lamellatum tapi cuma berbeza dari warna batang dan bunganya.