Friday, September 27, 2013

Dendrobium capra

Kali ni aku letak di full sun, tanpa shade. (Sebenarnya panas tengahhari sahaja, pagi petang tak kena sinaran matahari pun).







Tapi malang tidak berbau. Spike terpatah masa mengalihkan pokok ini sebab nak pasang lampu di tembok. 
Sedih betul.



Sunday, September 22, 2013

Bulbo ...

Hasil titik peluh selepas setahun. Spotted





Tapi janggut dia pendek pula, tak seperti yang di bawah.



Aduhaii!!!...mata dah tak tajam.

Saturday, September 21, 2013

Ketup-ketup





Nak tengok bunga orkid tak banyak, kita tengok le bunga ketup-ketup di laman. Tinggal sebahagian saja, yang sebahagian telah dikorbankan (dah masuk kawasan jiran).

Friday, September 13, 2013

Adenium

Hari ini kita layan adenium pula...
Yang ini import dari Taiwan, nama tak tau..

Blacak Swan Three Layer

 

Pink Payad







Rose valentine, (bunga besar)

Triple purple


Yellow Premsup, selepas dua hari


Tak tau nama

Saturday, September 7, 2013

Halus




Tiba-tiba terhidu bau wangi di pondok. Belek puna belek, halus aje rupanya. Bau seperti bau jasmine.
Nama tak tau...

Thursday, September 5, 2013

Tiga Serangkai




Dulu dalam pasu gantung, sekarang dah digantung di tembok. Disebabkan di kawasan ini sahaja cahaya matahari pagi banyak. Semua pokok catt. sudah dilekatkan di tembok. Banyak risiko juga sebenarnya bila dilekatkan terus di tembok. Akar selalu dimakan siput (itulah kalau buat tak fikir banyak).

Tuesday, September 3, 2013

Pengumuman

Dengan ini saya ingin memberitahu bahawa  dendro. anosmum alba saya telahpun berbunga dengan rasminya (dengan penuh sukacitanya)







Rasa teruja pun ada, sebab masa beli pokok ni sebatang aje. Lepas tu keluarlah anak-anak dia, dan anak pun dah membesar sebagai johan. 3 kuntum pun jadilah kan selepas 3 tahun untuk bunga sulong.

Sunday, September 1, 2013

Pokok Apakah Ini?


Ada sesiapa tahu pokok apakah ini?

Dari segi fizikal memang sungguh tidak memberangsangkan, macam tak nampak apa-apa kelebihan yang ada padanya. Tapi dari segi bau amat-amat awesome.  Apabila daun sudah terpisah dari dahannya, ia akan megeluarkan bau yang amat wangi seperti bau daun pandan. Pokok ini dapat dari kenalan pembetulan, bukan dapat tapi mintak. Tanpa segan-silu sebab dah jatuh cinta dengan baunya. 

Mula-mula berkenalan dengan pokok ini pun sebab kenalan tersebut memberi sehelai daun untuk diletakkan di celah-celah purse. Apa lagi, setiap kali buka purse mesti bau wangi. Baunya tahan lama. Tapi bukan suruh selalu berbelanja untuk mendapatkan bau yang wangi.  

Misi seterusnya untuk membiakkan pokok ini dan daunya nak buat pot pouri. Bakal semerbaklah baunya nanti.