Friday, August 17, 2012

Bunga Pun Nak Raya

Hoya merah ni sekali kembang 3, bertingkat-tingkat di dinding tu.
Berbunga sulung dibeli di Keluang. Tak sangka pulak bunganya agak besar, masa beli tu tak tau jenis apa, pakai angkat aja sebab murah.
Bunga-bunga adenium ni dah lama tak berbunga banyak sebab selalu diserang penyakit. Dah terlanjur spray orkid, spray dia sekali, letak baja...haaaaa puashati. Yang ni koleksi pertama, rasanya sudah lebih 12 tahun.
Koleksi ketiga, yang paling rajin berbunga tidak pernah putus.
Kolesi kedua. Pemberian staff semasa berada di UTCL. Sudah pulih dan berbunga.
Koleksi yang ke berapa???. Rose 1000 years. Pertama kali berbunga setalah mengalami proses lembik-jemur-keras beberapa kali. Rasanya ada 4 kali dia menjalani rawatan.
Gatton Sunray, berbunga untuk kali ketiga. Adakah tuan dia sempat melihat dia mekar??? (Balik kampung punya pasal)
Cymbidium Golden Elf ni pun nak kembang, tak taulah sempat tengok dia kembang atau tidak. Kembang kali pertama cuma dua kuntum sahaja.

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, August 10, 2012

Bougainvillea Ku Terbiar

Kesian betul pada bunga-bunga kertasku yang berada di balcony...macam terbiar aja. Dahlah pasunya kecil, lepas tu selalu terlupa nak siram. Kudut aja pokok-pokoknya. Niat di hati sebenarnya tak mau nak tanam banyak-banyak. Cuma nak bela beberapa pasu aja tapi dengan beberapa warna dan jenis dalam satu pokok. Nak buat tak reti, cuma 20% ja kejayaan cantuman baji yang telah dibuat. Buat masa ni bela ja pokok-pokok yang ada.
Tengok tu....dah naik berlumut tiang-tiang batu yang ada. Itu menandakan tahap kerajinan tuan rumah...hehehe
Gambar dari muka pintu. Bilalah dapat nak buat bumbung di sini?...Duit oh duit....

Wednesday, August 8, 2012

Begonia

Sekadar berkongsi Begonia Ibu Mertuaku. Di rumah sendiri cuma ada tiga jenis ja.
Diam tak diam dah masuk malam 10 terakhir ramadan.