Sunday, November 20, 2011

Projek Hari Ini

Pagi tadi lepas jalan-jalan di taman ingatkan nak cari hoya. Dulu pernah lalu satu tempat tu macam banyak hoya bergayutan, tapi kali ni lain pula jadinya. Lain di cari lain yang dapat.




ini adalah kesan kenaikan harga getah, maka ladang getah terbiar yang dulunya semak samun telah dibersihkan untuk menadapatkan susu getah untuk dibuat 'ojol'. Sepokok hoya pun tak nampak.

sambil tu layan pokok yang berbunga di rumah




Friday, November 18, 2011

Perubahan

sebelum




selepas






nampak perbezaan?..macam tak ada perubahan aje...setengah pagi juga buat kerja ni, nampaknya kena buat penambahbaikan lagi...inilah kerja surirumah, kena cari hobi kalau tidak teramatlah boringnya


nota:terima kasih Arif sebab tolong ibu buat kerja

Monday, November 14, 2011

Hadiah Dari Kenalan

Yang lepas lupa nak sertakan




tapi lagi dua pun lupa
.
.
.
dah masukkan

daun terpatah la pulak

Thursday, November 10, 2011

Laman Orang 3

Aidiladha yang lepas sempat singgah ke rumah kenalan orkid di kampung, dah lama tak singgah rumah dia, tapi sedikit kecewa sebab tuan rumah baru aje hantar anak saudara balik ke asrama dan yang paling sedih tak bawa kamera cap ayam aku tu...huhuhu terpaksalah ambil gambar guna kamera handphone









sebenarnya nak di katakan di setiap dahan pokok tu malah kat pokok puding pun ada, tapi tak boleh nak kata apa, kamera tak bawak..waaaa
banyak lagi gambar pokok yang tak dapat di ambil dan di tayang salah satunya kat belakang tu banyak nyamuk dan ada gambar yang tak boleh nak rotate....takut nanti teleng pula orang nak melihatnya.

ni aje gambar bunga yg dapat diambil, bunga yang kecil tak dapat nak fokus...keciwa betul....







Walaupun tuan rumah tak ada tapi masih ada buah tangan yang diberi...terima kasih daun keladi (gambar tak ada lagi)

Thursday, November 3, 2011

Ahli baru

Agaknya gila ni ada musim,time nak hujung tahun aje penyakit ni bertambah parah.
Koyak...

bunga hari raya korban


bunga hari raya lagi


dan lagi


bunga sebelum raya






terang sangat cahaya dia

ni gambar bunganya sekuntum, light pink



bunganya tak berapa cantik, tapi dalam beberapa pasu pokok ni aje yg boleh diharap

'old taimer', yang ni nak dikatakan ahli baru tak juga tapi dah beberapa kali berbunga, angkut dari rumah ibu mertuaku