Wednesday, October 31, 2012

Laman Aden

Ni nak tunjuk pokok-pokok adenium tuan rumah yang telah diberi perhatian semula. Walaupun koleksi lama, inilah yang menjadi penghibur hati suatu ketika dahulu. Pokok 1,
Bunga 1
Pokok 2,
Bunga 2
Pokok 3
Bunga 3
Pokok 4
Bunga 4
Pokok 5. Yang ini tak ada gambarnya, warna 'dark red'
Koleksi-koleksi baru kena tunggu dulu baru boleh masukkan.

Thursday, October 18, 2012

Aktiviti Hari Ini

Pagi-pagi kita jengah-jengah mana yang patut, singgah pondok orkid, belek-belek pokok, belek-belek mana yang berbunga Oncidium tiger
Rhyncoraides Bangkok Sunset
Epidendrum, agak besar saiznya sebesar duit syiling 20 sen(lama)
Anak tumbuh di puncak sana. Yang ini Epidendrum oren, pun bersaiz besar dari yang biasa dilihat. Dah siap keluar seedpod.
Akhirnya keluar dua kuntum, sebelum ni satu sahaja yang menjadi, yang tak jadi kembang pun banyak.
Masa belek-belek tu ternampak Phal fuscata ni kembang (Kedah mari)
Percubaan memindahkan bulbo yang dijumpai di atas batu ke batu (tak kan nak cakap atas batu sebab dinding tu tegak)
Sambil tu lihat pokok-pokok dan benih yang baru ditanam. Sebahagian dari seedling yang baru diterima (sebahagian aja tu). Yang paling kiri macam tak ada harapan aja.
Seedling yang usianya masuk minggu yang ketiga (sebahagian juga)
Hari ini juga benih PNW diterima, tapi sayang 2 dah pecah. Mungkin surat tu masuk dalam mesin sorting. Reda ajelah. Anak siap cakap, masih ada 80% yang elok. 1 biji RM1.00 Akmal Oiii..

Tuesday, October 9, 2012

Mekar Di Laman

Asyik pergi laman orang, kali ni pergi laman tuan rumah pulak. Punyalah malas...tapi kena rajinkan juga. Bunga-bunga yang telah lepas dan sedang mekar.
Walaupun bunga yang tidak seberapa tapi cukup mengembirakan hati tuan rumah..

Tuesday, October 2, 2012

Apakah Kasih Sudah Beralih Arah?

Apa kaitan dengan tajuk di atas?...meh kita tengok
Haaa....dah nampak kan? Nak kata kasih beralih arah tak juga, cuma memperbaharui hobi lama (pinjam ayat kak Hony NS). Apapun orkid masih tetap di hati. Ni benih-benih adenium yang baru disemai. Banyak juga yang tumbuh (hampir 98%) cuma tak tau banyak tak yang akan tumbuh sampai besar..kira berjaya lah ya. Semangat datang sebab dah ramai kawan-kawan dalam minat ni. Dulu hampir terkubur sebab tak ada kawan