Thursday, June 23, 2011

Kedekut atau Nak Jimat

Kedekut atau nak jimat?

Menjaadi kegemaranku pergi ke nurseri. Bukan nurseri kanak-kanak tau tapi nurseri anak-anak pokok. Biasanya aku pergi tanpa tujuan utama untuk membeli pokok cuma tujuanku adalah ayau-ayau (merayau) sambil membelek pokok. Kalau ada yang berkenan aku beli kalau tidak setakat mencuci mata aje.

Semenjak dua menjak ni aku suka membeli pokok orkid. Kalau di nurseri orkid dah pasti aku beli pokok orkid. Tapi kalau di nurseri biasa aku pun beli pokok orkid. Di nurseri orkid aku beli pokok orkid yang aku belum ada dan menarik di hati. Tapi sekarang ni aku dah kena kurangkan sikit aktiviti aku ni. Bukannya apa, dah tak banyak tempat aku nak tepek dan gantung. Pokok-pokok yang ada ni pun macam ada yang tak sesuai di tempat yang sedia ada. Nak sediakan tempat baru pelukan budget yang amat besar. Maka kenalah slow down sikit. Sayang pula pokok yang dibeli dengan harga tidak kurang dari RM10 untuk pokok yang cenonet tu tak dapat hidup dengan selesa.

Kini aku sedang mengumpulkan pokok orkid yang tahan panas pulak. Maklumlah bolehlah aku biarkan kat laman aku tu. Ada beberapa pokok yang aku dah angkut dari rumah mak mertua aku, termasuklah orkid-orkid yang fesen lama (orkid jengking dan orkid tulang). Dah jimat kan. Lagi satu aku suka beli di nurseri untuk pokok-pokok yang dah last stok. Biasanya aku tak beli kalau pokok cuting orkid tu baru sampai. Bunga belum dan sedang nak berkembang. Harga? dari RM12 dan keatas. So kalau yang dah last stok, bunga dah tak ada harganya pasti kurang dari harga tadi. Aku ada beli pokok yang sepatutnya RM15 tapi aku dapat RM10. Ada juga cuting orkid harganya RM12, tapi aku beli cuma RM5 siap dah ditanamkan dalam pasu. Ada juga aku beli cuma RM7 dan RM3. Adakah aku kedekut atau nak jimat?

Ah! Aku tak kisah orang nak kata apa, yang pasti pokok-pokok orkid tu tidaklah sesensitif mana dan senang dijaga dan yang insyaAllah akan berbunga. Tapi, cara macam ni pun ada kekurangannya. Mana pokok yang high demand tak dapatlah nak memilikinya dengan harga runtuh. Misi aku seterusnya menyinggah ke nurseri yang aku dah target, hehehe...dan seterusnya jagalah pokok yang dah ada agar terus hidup dan mengeluarkan bunga.

Kedekut?...mana ada cuma sebagai satu cara nak jimat.