Showing posts with label catatan. Show all posts

Thursday, September 22, 2011
Tetamu yang tak diundang
Sudah beberapi kali tetamu ni datang di bahagian belakang rumah aku. Kalau diikutkan memang bagus dapat tetamu, tapi tetamu ni memang tak bagus untuk aku. Nak tau apa, tak lain tak bukan Cik SSSsssss..... hei geli geleman aku dibuatnya. Mula-mula tu anak dia halus aje di pokok bunga kertas, Arif dah buang di padang depan rumah. Yang kedua tu di tembok belakang rumah, dok memanjat tembok. Aku halau, dia masuk dalam lubang air. Tak tau apa jadi, kalau lubang tu tak banyak ruang mau penyek dibuatnya. Yang kali ke tiga tu yang aku fobia sangat-sangat. Masa tu nak beri kucing makan, nasib baik perasan...Cici sempat juga berlawan dengannya tapi tak lama. Lepas tu dia masuk lubang air bawah lantai, bila hujan dia keluar bawah rak kasut. Abang beli sulfur untuk halau dia. Bila petang tu nampak dia bawah pondok orkid aku....lagilah takut. Akhirnya arwah dikerjakan oleh abang. Nak suruh Arif pukul dia kata tak sampai hati. Ooo..kalau mak dia ni berhadapan dengan cik "u" tu tak apa. Bila pertama kali tersermpak, dah sebahagian pokok aku kerjakan. Kasi lapang sikit, kali kedua pun sama, makin lapang. Kali ketiga ni mau aku buang pokok-pokok yang rimbun tu. Sekarang ni kalau nak ke belakang teramatlah berhati-hati. Laman rumah aku ni bukannya besar sangat apapasal dia suka sangat kat rumah aku ni. Selelu juga jiran-jiran tersermpak bila menaiki kenderaan, tapi bukan berhampiran rumah aku..Aku perlu lebih berhati-hati.
Thursday, June 23, 2011
Kedekut atau Nak Jimat
Kedekut atau nak jimat?
Menjaadi kegemaranku pergi ke nurseri. Bukan nurseri kanak-kanak tau tapi nurseri anak-anak pokok. Biasanya aku pergi tanpa tujuan utama untuk membeli pokok cuma tujuanku adalah ayau-ayau (merayau) sambil membelek pokok. Kalau ada yang berkenan aku beli kalau tidak setakat mencuci mata aje.
Semenjak dua menjak ni aku suka membeli pokok orkid. Kalau di nurseri orkid dah pasti aku beli pokok orkid. Tapi kalau di nurseri biasa aku pun beli pokok orkid. Di nurseri orkid aku beli pokok orkid yang aku belum ada dan menarik di hati. Tapi sekarang ni aku dah kena kurangkan sikit aktiviti aku ni. Bukannya apa, dah tak banyak tempat aku nak tepek dan gantung. Pokok-pokok yang ada ni pun macam ada yang tak sesuai di tempat yang sedia ada. Nak sediakan tempat baru pelukan budget yang amat besar. Maka kenalah slow down sikit. Sayang pula pokok yang dibeli dengan harga tidak kurang dari RM10 untuk pokok yang cenonet tu tak dapat hidup dengan selesa.
Kini aku sedang mengumpulkan pokok orkid yang tahan panas pulak. Maklumlah bolehlah aku biarkan kat laman aku tu. Ada beberapa pokok yang aku dah angkut dari rumah mak mertua aku, termasuklah orkid-orkid yang fesen lama (orkid jengking dan orkid tulang). Dah jimat kan. Lagi satu aku suka beli di nurseri untuk pokok-pokok yang dah last stok. Biasanya aku tak beli kalau pokok cuting orkid tu baru sampai. Bunga belum dan sedang nak berkembang. Harga? dari RM12 dan keatas. So kalau yang dah last stok, bunga dah tak ada harganya pasti kurang dari harga tadi. Aku ada beli pokok yang sepatutnya RM15 tapi aku dapat RM10. Ada juga cuting orkid harganya RM12, tapi aku beli cuma RM5 siap dah ditanamkan dalam pasu. Ada juga aku beli cuma RM7 dan RM3. Adakah aku kedekut atau nak jimat?
Ah! Aku tak kisah orang nak kata apa, yang pasti pokok-pokok orkid tu tidaklah sesensitif mana dan senang dijaga dan yang insyaAllah akan berbunga. Tapi, cara macam ni pun ada kekurangannya. Mana pokok yang high demand tak dapatlah nak memilikinya dengan harga runtuh. Misi aku seterusnya menyinggah ke nurseri yang aku dah target, hehehe...dan seterusnya jagalah pokok yang dah ada agar terus hidup dan mengeluarkan bunga.
Kedekut?...mana ada cuma sebagai satu cara nak jimat.

Sunday, May 8, 2011
Aku, Orkid dan Hari Ibu
Selamat hari ibu untuk semua (kena faham lah untuk siapa, tak kan untuk lelaki pula). Sebenarnya aku malas nak menyambut hari ibu kali ini, pada aku hari-hari adalah hari ibu. Cuba untuk tidak membudayakan budaya yang bak kata orang tak buat pun tak apa. Tapi kan, ehem...nak kata macam mana ya?. Disebabkan malam tadi terlajak tengok movie, so sarapan lambatlah sikit ya. Dalam pada sebok tu dapatlah panggilan ucapan Hari Ibu, nak tau dari siapa?...Ibu mertuaku...hahaha adake patut mak wish kat anak, patutnya anak wish kat makkan. Aku pun wish le balik. Aku harap mak tak terasa hati..
Bila dah siap sarapan, aktiviti wajib, menyiram pokok-pokok yang ada. Yang lain dah siap-siap nak keluar, aku? masih dengan kain batik. Wait!.wait ya anak-anak. Rasanya sarapan mee hoon dengan brownish yang dibaut pagi tadi belum hadam lagi. Misi pagi ini dalah misi memburu orkid di Skudai. Dah dua minggu dok tahan-tahan jangan beli orkid.
Aku merupakan pelanggan pertama Ms Yong, hehehe...dari luar aku dah nampak bulbo medusa, tapi dia tak jual sikit-sikit kena beli satu kayu. Mak datuk, mau koyak raban aku dibuatnya. Nasib baik dia kata aku boleh book dulu untuk yang kecik-kecik kalau aku nak datang di lain kali. Bunganya tak payah di kata, pergh...Tak apa mungkin bukan rezeki aku. Selama hampir 40 minit, aku siap menjinjing dua beg plastik yang besar. Maklumlah first customer siap dapat 10 % discount, siap dapat pokok free...lalalala...Walaupun pokok-pokoknya cenonet, tapi aku puas hati. Pokok nyamuk, turtle, bulbo, dsb....gambar? Aku belum ada kamera, keutamaan lebih kepada pokok, bukan pada kamera. Cerita mesti masuk dalam story book ni, kalau tidak tak ingat. Masa nak keluar ada masalah dgn parking le pulak. Masa masuk tu laju aje, tak ada kupon tapi bila balik dah nak kena bayar. Mana nak carik. Cik abang, sabar ya...Dahlah nak belanja kami makan nasi mandi, pas tu kena pulak sketsa macam ni.
Destinasi seterusnya, mencari restoran arab yang kami jumpa masa aktiviti tressure hunt yang lepas. Maklumlah teringat masa kat tanah arab dulu-dulu. Order nasi mandi ayam, kambing dan spagethi. Rasa?...bolehlah tahan tapi tak boleh lawan nasi di Madinah lagi. Harga? Bolehlah tahan...satu kepala agung warna purple. Tukang masak tak boleh rehat minggu ni sebab budget dah banyak lari.
Nak singgah kampung ke tidak? Nak singgah ke tidak?....Kita cari kek lah, kek biasa tak nak sebab nanti tak habis ...Secret Recepie Jusco Taman U. "Kak kek lagi sejam baru sampai", "Tak apalah dek, tak kiralah apa kek yang ada sekarang kasi bungkus". Mesti mak terkejut tengok kami balik. Nasib baik tadi pagi cakap tak balik, kalau tak sure mak masak berat-berat.
Dah terlanjur balik kampung ni nak ke rumah En. Sam lah. "Hallo, En. Sam, ada di rumah tak?". "Ada datanglah". Misi mencari rumah En. Sam, Alhamdulillah berjaya. Bila sampai di rumah dia macam nak pitam, dan kalau boleh nak guling-guling sambil belai-belai pokok orkid yang ada. Itu dia penangan orkid selama 8 tahun. Barulah nampak dunia orang yang meminati orkid. Nak dibandingkan dengan aku, alahai, macam sarang semut dengan gunung. Aku rasa beratus species yang ada kat rumah dia tu. Kat celah pokok, atas, bawah...kat mana yang tak ada. Disebabkan masa yang terlalu suntuk maka cuci mata kali ni tak boleh lama. Bila nak balik dapatlah buah tangan....Terima kasih En. Sam. Terima kasih daun keladi (berani cakap dalam hati aje)...
Hari ini penuh dengan aktiviti. Sebelum pukul lima dah sampai di rumah. Petang tu aktiviti mengikat dan mengantung orkid la....
Hari ini dapat tidur dengan nenyak dan puas hati.
p/s- terima kasih abang. (tak boleh tinggal penghargaan ni)

Saturday, May 7, 2011
New Post
He..he..he...
Mula-mula tu seronok buat blog baru pasal tumbuhan dan bunga, tapi (ada tapinya tu) bila asyik tulis aje tak disertakan dengan gambar macam tak best pula. Itulah misi untuk membeli alatan mengambil gambar belum kesampaian. Maklumlah surirumah sepenuh masa. Tak apa, cita-cita tu dah ada, nanti kalau semuanya dah ada aku harap blog ni bertambah meriah. So..new post beserta gambar? Tunggu lah ya

Subscribe to:
Posts (Atom)