Selamat hari ibu untuk semua (kena faham lah untuk siapa, tak kan untuk lelaki pula). Sebenarnya aku malas nak menyambut hari ibu kali ini, pada aku hari-hari adalah hari ibu. Cuba untuk tidak membudayakan budaya yang bak kata orang tak buat pun tak apa. Tapi kan, ehem...nak kata macam mana ya?. Disebabkan malam tadi terlajak tengok movie, so sarapan lambatlah sikit ya. Dalam pada sebok tu dapatlah panggilan ucapan Hari Ibu, nak tau dari siapa?...Ibu mertuaku...hahaha adake patut mak wish kat anak, patutnya anak wish kat makkan. Aku pun wish le balik. Aku harap mak tak terasa hati..
Bila dah siap sarapan, aktiviti wajib, menyiram pokok-pokok yang ada. Yang lain dah siap-siap nak keluar, aku? masih dengan kain batik. Wait!.wait ya anak-anak. Rasanya sarapan mee hoon dengan brownish yang dibaut pagi tadi belum hadam lagi. Misi pagi ini dalah misi memburu orkid di Skudai. Dah dua minggu dok tahan-tahan jangan beli orkid.
Aku merupakan pelanggan pertama Ms Yong, hehehe...dari luar aku dah nampak bulbo medusa, tapi dia tak jual sikit-sikit kena beli satu kayu. Mak datuk, mau koyak raban aku dibuatnya. Nasib baik dia kata aku boleh book dulu untuk yang kecik-kecik kalau aku nak datang di lain kali. Bunganya tak payah di kata, pergh...Tak apa mungkin bukan rezeki aku. Selama hampir 40 minit, aku siap menjinjing dua beg plastik yang besar. Maklumlah first customer siap dapat 10 % discount, siap dapat pokok free...lalalala...Walaupun pokok-pokoknya cenonet, tapi aku puas hati. Pokok nyamuk, turtle, bulbo, dsb....gambar? Aku belum ada kamera, keutamaan lebih kepada pokok, bukan pada kamera. Cerita mesti masuk dalam story book ni, kalau tidak tak ingat. Masa nak keluar ada masalah dgn parking le pulak. Masa masuk tu laju aje, tak ada kupon tapi bila balik dah nak kena bayar. Mana nak carik. Cik abang, sabar ya...Dahlah nak belanja kami makan nasi mandi, pas tu kena pulak sketsa macam ni.
Destinasi seterusnya, mencari restoran arab yang kami jumpa masa aktiviti tressure hunt yang lepas. Maklumlah teringat masa kat tanah arab dulu-dulu. Order nasi mandi ayam, kambing dan spagethi. Rasa?...bolehlah tahan tapi tak boleh lawan nasi di Madinah lagi. Harga? Bolehlah tahan...satu kepala agung warna purple. Tukang masak tak boleh rehat minggu ni sebab budget dah banyak lari.
Nak singgah kampung ke tidak? Nak singgah ke tidak?....Kita cari kek lah, kek biasa tak nak sebab nanti tak habis ...Secret Recepie Jusco Taman U. "Kak kek lagi sejam baru sampai", "Tak apalah dek, tak kiralah apa kek yang ada sekarang kasi bungkus". Mesti mak terkejut tengok kami balik. Nasib baik tadi pagi cakap tak balik, kalau tak sure mak masak berat-berat.
Dah terlanjur balik kampung ni nak ke rumah En. Sam lah. "Hallo, En. Sam, ada di rumah tak?". "Ada datanglah". Misi mencari rumah En. Sam, Alhamdulillah berjaya. Bila sampai di rumah dia macam nak pitam, dan kalau boleh nak guling-guling sambil belai-belai pokok orkid yang ada. Itu dia penangan orkid selama 8 tahun. Barulah nampak dunia orang yang meminati orkid. Nak dibandingkan dengan aku, alahai, macam sarang semut dengan gunung. Aku rasa beratus species yang ada kat rumah dia tu. Kat celah pokok, atas, bawah...kat mana yang tak ada. Disebabkan masa yang terlalu suntuk maka cuci mata kali ni tak boleh lama. Bila nak balik dapatlah buah tangan....Terima kasih En. Sam. Terima kasih daun keladi (berani cakap dalam hati aje)...
Hari ini penuh dengan aktiviti. Sebelum pukul lima dah sampai di rumah. Petang tu aktiviti mengikat dan mengantung orkid la....
Hari ini dapat tidur dengan nenyak dan puas hati.
p/s- terima kasih abang. (tak boleh tinggal penghargaan ni)
No comments:
Post a Comment