Kali ni balik dengan menggunakan dua kereta. Membazir? Hahaha..tak juga sebab aku nak lajak ke kampung sendiri manakala Hj dan Arif kena balik rumah , seorang nak kerja dan sorang lagi ada kelas tambahan.
Selepas kenduri kawin kawan emak di Pekan dan berehat, kami bergerak ke Tesco beli beberapa keperluan harian. Lepas Hj balik ke rumah,aku singgah ke nursei orkid di tepi jalan tu. Kali ni tak tau nak beli apa. Survey kot-kot ada yang berkenan di hati. Nak beli butterfly rasanya rumah tu tak ada tempat yang sesuai. Beberapa pokok yang dah ada tu rasanya cukuplah dulu. Last-last satu anak pokok orkid aku angkut. Yang lain tak berkenanlah. Sebenarnya aku dah angkut beberapa jenis orkid lama-lama emak mertuaku. Termasuklah orkid jengking. Kali ni aku nak tambah orkid yang galak berbunga dan nak letak kat laman. Sulam dengan pokok-pokok yang lain. Emak siap beri dua pasu orkid malai (gelaran yang mak beri). Nama sebenarnya aku lupa. Dulu aku tanam, masa mula-mula tu cantik aje anak dia keluar, lepas tu langsung macam terbantu.
Tadi lepas singgah menyinggah aku ke Skudai. Bunga? pun tak menarik hati. Last-last aku beli cat aje. Katanya dengan aku harga special..RM12, bolehlah...
Esok nak kerjakan orkid yang aku bawa balik. Sabut aku dah angkut sekantung dan beberapa batang kayu.
No comments:
Post a Comment