Showing posts with label orkid;sahabat. Show all posts
Showing posts with label orkid;sahabat. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Saturday, December 29, 2012

Entri Tanpa Gambar

Hari ini aku mendapatkan khidmat nasihat konsultant percuma (ini pun sebab aku yang beria-ia mengajak mereka ke rumah). Bukan senang nak dapatkan khidmat nasihat otai-otai orkid ni. Bila dah sampai di rumah, setelah para konsultant ini membuat tinjawan kawasan, ada beberapa perkara yg di HIGHLIGHT kan oleh mereka. Di antarannya ialah:

1. Banyak pokok yang perlu aku korbankan.
2. Aku perlu membahagi-bahagikan kawasan mengikut jenis pokok.
3. Pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap pondok orkid aku tu sebab terlalu bercelaru. Kena pulak tu yang masuk pondok tu tinggi, sah-sah mesti terhantuk dek kayu atau pasu yang tergantung.
4. Aku dinasihatkan untuk membuat landskap orkid untuk menyerlahkan lagi kawasan yang ada.

Hehehe...ya lah kan. Selama ini semua usaha dan idea datang dari aku sendiri tanpa bantuan atau nasihat sesiapa. Nampak sangat idea tak banyak dan sebenarnya banyak yang aku tak tahu. Kata orang malu bertanya sesat jalan.

Nampaknya banyak lagi kerja dan usaha yang perlu aku lakukan. Tapi itulah, bab menyusun-nyusun ni aku pun fail. Tak apa, kita lakukan perlahan-lahan. Kita?...hehehe, mana ada kita. Akulah yang kena buat semua tu...

BUAH CEMPEDAK DI ATAS PAGAR, AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN. SAYA BUDAK BARU BELAJAR, KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN.

Terima kasihlah kepada En. Hussin dan En. Khairol yang sudi berkongsi idea dan tunjuk ajar kepada aku yang serba tak tau ni.

TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH AJARLAH LAGI

Nota: Landskap?...alamak, agak-agak macam mana landskap tu ya? Kalau aku yang susun tentu celaru.

Saturday, June 2, 2012

Bungkusan

Siapa sangka dalam kotak sebesar ini (alamat dan no telepon kena bundarkan sebab tak mau iklan free)
Mempunyai isi sebanyak ini(kena kurantine dalam bilik air).
Terima kasih kepada yang sudi mengirimkan bungkusan ini sebelum cuti sekolah yang lepas.

Sunday, March 11, 2012

Tiga dalam Satu


Ini versi daripada kenalan orkid, yang atas meja aja...hehehe harap-harap semuanya hidup (10 jenis tu...)


Ini versi nurseri. Mana boleh jadi pergi rumah kawan-kawan banyak yang ada, sebelum balik tadi singgah juga.


Ini versi ragut (macam tak sedap aje bunyinya, bukan ragut tapi tarik). Tarik dari sebatang pokok durian di tepi jalan semasa dalam perjalanan pulang. Dah selalu lalu lalang di situ nampak dia dok tergantung-gantung melambai-lambai minta di ambil. Tarik sepokok aje, tapi jatuhnya macam tu, tak kan nak tinggalkan nanti mati pula dia. Nasib baik tak banyak kereta yang lalu sebab hapir-hampir terjatuh masa melangkah parit tadi dengan berbaju kurung. Orkid punya pasal semuanya sanggup ku lalui.


Ini versi semalam semasa ziarah rakan orkid di rumah Mak Hajah dan Pak Haji.

Monday, November 14, 2011

Hadiah Dari Kenalan

Yang lepas lupa nak sertakan




tapi lagi dua pun lupa
.
.
.
dah masukkan

daun terpatah la pulak

Thursday, November 10, 2011

Laman Orang 3

Aidiladha yang lepas sempat singgah ke rumah kenalan orkid di kampung, dah lama tak singgah rumah dia, tapi sedikit kecewa sebab tuan rumah baru aje hantar anak saudara balik ke asrama dan yang paling sedih tak bawa kamera cap ayam aku tu...huhuhu terpaksalah ambil gambar guna kamera handphone









sebenarnya nak di katakan di setiap dahan pokok tu malah kat pokok puding pun ada, tapi tak boleh nak kata apa, kamera tak bawak..waaaa
banyak lagi gambar pokok yang tak dapat di ambil dan di tayang salah satunya kat belakang tu banyak nyamuk dan ada gambar yang tak boleh nak rotate....takut nanti teleng pula orang nak melihatnya.

ni aje gambar bunga yg dapat diambil, bunga yang kecil tak dapat nak fokus...keciwa betul....







Walaupun tuan rumah tak ada tapi masih ada buah tangan yang diberi...terima kasih daun keladi (gambar tak ada lagi)