Wednesday, February 1, 2012

Orkid Oh Orkid!

Semenjak dua menjak mengenali orkid ni, bermacam-macam yang aku lalui. Suka, duka, malu, tak malu semua ada. Bila dah minat, orang yang tak kenal pun jadi kenal. Hilang rasa malu kalau orang beri orkid...hehehe
Bab kenal orang satu hal. Bab duit pun satu hal. Sebab orkid jugalah semuanya sanggup diketepikan. Semua budget untuk barang-barang yang dulu diminati dah tak ada lagi. Kalau boleh semua nak berjimat. Baju pun kalau boleh nak buat sendiri termasuklah baju anak-anak. Tapi anak-anak semua lelaki, mana pakai baju kurung. Baju melayu buat juga sendiri setahun sekali dan yang lain kena juga beli kat kedai. Untuk orkid semuanya sanggup. Sanggup kumpul duit bulan-bulan yang suami beri. Tak ada baju baru tak apa, janji ada orkid baru. Sejauh mana nak beli orkid? Nak masuk hutan tak pandai akhirnya nurseri juga tampat tujunya.
Masa pun dah banyak habis kat orkid. Tiap-tiap pagi mesti nak tengok, walaupun bukannya nampak banyak perubahan. Sanggup duduk lama-lama kat pondok tu. Macam rasa satu kepuasan yang teramat. Bukan setakat masa kat pokok orkid, masa kat internet pun dah bertambah. Bila dah mengadap laman sosial tu tak habis-habis dok tengok orkid kawan-kawan. Kau ada yang ni, aku tak ada lagi...dan maacam-macam lagi. Tengok orkid orang bila dibandingkan dengan okid kita....mak aiii...macam langit dengan bumi. Cemburu dengan orkid-orkid mereka, tapi apa boleh buat. Dah rezeki kita setakat situ, syukur ajalah dengan pemberianNya. Sebenarnya cuma nak beri satu simpulan aje, tapi mukadimah teramat panjang.
Kesimpulannya: jangan ikut rentak orang, ikut rentak sendiri. Jangan ukur baju orang, ukur baju sendiri. So sendiri mau ingat.

Ni aje gambar yang dapat dimuat turun. Gambar pun tak cantik sebab cuma guna kamera hp saja.

Phal amboinensis, tak berapa jelas (eria yg lepas berbunga kat belakang tu tumpang sekaki)


Phal violcea, Dah lama tak berbunga.


Yang ni anak saudar yang tolong belikan. Kali ini agak meriah berbanding dulu.

No comments:

Post a Comment