Sekarang (Februari 2012)

Dulu (Ogos 2011)
Sekarang (Febuari 2012)


Macam mana ni? Aku bab menyusun atur memang fail. Kalau orang datang terasa malulah pulak. Segala macam mak nenek ada di situ. Tali, kayu semua aku angkut dari pantai dan tak lupa juga yang aku mintak dari kontraktor yang tebang pokok tepi jalan. Tali yang besar tu aku dah ikat dendro, tak pasti dendro apa, kena tunggu dia berbunga. Ada yang hidup dan ada juga yang tidak.
Nampak aje banyak, tapi sebenarnya pokok-pokok tu banyak yang muda belia. Masih belum beranak pinak. Campur yang dibeli dan diberi oleh kawan-kawan dah penuh pondok tu. Agak-agak kalau 3 atau 4 tahun lagi macam mana ya? Memang nak susun semula tapi kena juga tambah tempat mengantung lagi. Kali ni nak asingkan antara yang ori dan tak ori. Kena rancang dan kumpul budget lagi...
Tahniah ... semoga akan terus bertambah koleksi
ReplyDeleteTerima kasih Minat Orkid, moga diberi rezeki dan kesabaran dariNya.
ReplyDelete