Kedekut atau nak jimat?
Menjaadi kegemaranku pergi ke nurseri. Bukan nurseri kanak-kanak tau tapi nurseri anak-anak pokok. Biasanya aku pergi tanpa tujuan utama untuk membeli pokok cuma tujuanku adalah ayau-ayau (merayau) sambil membelek pokok. Kalau ada yang berkenan aku beli kalau tidak setakat mencuci mata aje.
Semenjak dua menjak ni aku suka membeli pokok orkid. Kalau di nurseri orkid dah pasti aku beli pokok orkid. Tapi kalau di nurseri biasa aku pun beli pokok orkid. Di nurseri orkid aku beli pokok orkid yang aku belum ada dan menarik di hati. Tapi sekarang ni aku dah kena kurangkan sikit aktiviti aku ni. Bukannya apa, dah tak banyak tempat aku nak tepek dan gantung. Pokok-pokok yang ada ni pun macam ada yang tak sesuai di tempat yang sedia ada. Nak sediakan tempat baru pelukan budget yang amat besar. Maka kenalah slow down sikit. Sayang pula pokok yang dibeli dengan harga tidak kurang dari RM10 untuk pokok yang cenonet tu tak dapat hidup dengan selesa.
Kini aku sedang mengumpulkan pokok orkid yang tahan panas pulak. Maklumlah bolehlah aku biarkan kat laman aku tu. Ada beberapa pokok yang aku dah angkut dari rumah mak mertua aku, termasuklah orkid-orkid yang fesen lama (orkid jengking dan orkid tulang). Dah jimat kan. Lagi satu aku suka beli di nurseri untuk pokok-pokok yang dah last stok. Biasanya aku tak beli kalau pokok cuting orkid tu baru sampai. Bunga belum dan sedang nak berkembang. Harga? dari RM12 dan keatas. So kalau yang dah last stok, bunga dah tak ada harganya pasti kurang dari harga tadi. Aku ada beli pokok yang sepatutnya RM15 tapi aku dapat RM10. Ada juga cuting orkid harganya RM12, tapi aku beli cuma RM5 siap dah ditanamkan dalam pasu. Ada juga aku beli cuma RM7 dan RM3. Adakah aku kedekut atau nak jimat?
Ah! Aku tak kisah orang nak kata apa, yang pasti pokok-pokok orkid tu tidaklah sesensitif mana dan senang dijaga dan yang insyaAllah akan berbunga. Tapi, cara macam ni pun ada kekurangannya. Mana pokok yang high demand tak dapatlah nak memilikinya dengan harga runtuh. Misi aku seterusnya menyinggah ke nurseri yang aku dah target, hehehe...dan seterusnya jagalah pokok yang dah ada agar terus hidup dan mengeluarkan bunga.
Kedekut?...mana ada cuma sebagai satu cara nak jimat.
Thursday, June 23, 2011
Tuesday, May 31, 2011
Orkid dan Cuti Sekolah (1)
Kali ni balik dengan menggunakan dua kereta. Membazir? Hahaha..tak juga sebab aku nak lajak ke kampung sendiri manakala Hj dan Arif kena balik rumah , seorang nak kerja dan sorang lagi ada kelas tambahan.
Selepas kenduri kawin kawan emak di Pekan dan berehat, kami bergerak ke Tesco beli beberapa keperluan harian. Lepas Hj balik ke rumah,aku singgah ke nursei orkid di tepi jalan tu. Kali ni tak tau nak beli apa. Survey kot-kot ada yang berkenan di hati. Nak beli butterfly rasanya rumah tu tak ada tempat yang sesuai. Beberapa pokok yang dah ada tu rasanya cukuplah dulu. Last-last satu anak pokok orkid aku angkut. Yang lain tak berkenanlah. Sebenarnya aku dah angkut beberapa jenis orkid lama-lama emak mertuaku. Termasuklah orkid jengking. Kali ni aku nak tambah orkid yang galak berbunga dan nak letak kat laman. Sulam dengan pokok-pokok yang lain. Emak siap beri dua pasu orkid malai (gelaran yang mak beri). Nama sebenarnya aku lupa. Dulu aku tanam, masa mula-mula tu cantik aje anak dia keluar, lepas tu langsung macam terbantu.
Tadi lepas singgah menyinggah aku ke Skudai. Bunga? pun tak menarik hati. Last-last aku beli cat aje. Katanya dengan aku harga special..RM12, bolehlah...
Esok nak kerjakan orkid yang aku bawa balik. Sabut aku dah angkut sekantung dan beberapa batang kayu.

Tuesday, May 17, 2011
Orkid baru (1)
Sabtu lepas sempat singgah ke kedai Mr. Yong. Ni gambar (bunga) jenis pokok yang aku beli. Gambar ni pun Mr Yong yang postkan pada aku. Nama tu pun dia yang beri..

Bulbo madusae

Bulbo kipas
Disebabkan aku ni collector baru, maka banyak jenis orkid yang aku tak ada. Dalam tak banyak tu aku rasa dah hampir 30 species juga dah ada dalam tangan. Pokok yang aku dapat bukan sama macam dalam gambar tapi pokoknya ditanam dalam pasu. Harganya RM12 sepasu. Pokok kipas tu tak dapat warna pink tapi warna kuning. Lepas ni aku dah cakap dengan Mr. Yong lain kali aku nak ambil pokok bulbo merz pulak.
Dan sekembalinya kami di kereta, maka kami dapat hadiah dari PDRM sebab park kereta di tempat yang salah. Moral of the story, jangan malas nak masuk petak parking walaupun sekejap. So, habis dah budget untuk bulan ni sebab dah masuk saman...

Subscribe to:
Posts (Atom)