Nilah barisan bunga kertas (bougainvillae) kat rumah aku. Letak di luar pagar. Selepas balik dar bercuti tahun lepas, pokok-pokok ni ada yang dah gugur kekeringan, nasib baik dah 'recover'. Dah mula menunjukkan bunga.
Kenapalah akhir-akhir ini pokok adenium yang aku tanam tak berapa nak cemerlang. Nasib baiklah ada pujaan hati yang satu ni, yang sentiasa mengeluarkan bunga. Yang lain tak tau apa dah jadi, daun dah mengecil, berbunga jauh sekali. Agaknya merajuk sebab aku beri tumpuan kat pokok orkid.
Forget me not, masih hidup lagi.
Yesterday, today and tomorrow. Dah dua kali aku tanam pokok ni (beli dari nurseri), akhirnya pemberian ibu mertuaku juga yang hidup. Dia tak payah beli, pakai tut aje. Best bila tengok warna dan baunya yang wangi...
Yang ni tak tau nama dia, kerap datang dan pergi pokok ni...dah mula bersepah. Ni pun tak tau dah generasi yang ke berapa.
No comments:
Post a Comment