Wednesday, January 11, 2012

Aktiviti 2

Ahad lepas, masa pergi jalan-jalan kat pantai tak banyak benda-benda berfaedah yang dijumpai. Laut bergelora kulit siput pun tak dak. Tapi aku terjumpa bendalah ini. Tak pasti apa nama dia. Saiznya agak besar, apa lagi...angkut.....ingatkan nak ambil sebiji dua, tapi anak ambil sampai 6 biji. Dia pulak yang bersungguh-sungguh.





Semalam cuaca tak berapa menentu, sekejap hujan ranyai, sekejap terang. Nak kerjakan pokok orkid pun dah tak tau nak buat apa. Mari kita buat kerjatangan aka kerastangan.


Taraaaa....tak susah mana pun, siap lubang semulajadi lagi tak payah susah-susah nak tebuk lubang.


nak biar dia betul-betul kering...dah cantik, tinggal cangkukan dawai aje...hehehe, ada 6 pasu orkid semulajadi. Agak-agak orkid apa yang sesuai ya? Strukturnya macam sabut kelapa.

No comments:

Post a Comment