Thursday, March 22, 2012

Acriopsis lillifolia


Bunga sulung dari CH. Dapat pada pertengahan tahun 2010, masa dapat pokok ni masih anak-anak lagi, rasanya tumbuh dari seed, selongok. Tidak dipecah-pecahkan, sekarang ni dah penuh sabut tu.


Ini pun berbunga sulung dapat dari Skudai. Dalam sabut tu ada tiga jenis orkid, tapi satu dah di alihkan ke tempat lain. Jenis dendro tu tak pasti lagi idnya. Tengah sabar menunggu dia berbunga.


Yang ini bukan sulung, tapi dah berderet-deret. Sangat rajin berbunga. Seedpod baru pecah dah luruh. Harap-harap ada yang berjaya tumbuh.




Inilah gambar seed pod dari dua sudut yang berbeza. Dah luruh dan sekarang sedang berbunga lagi.

Wednesday, March 21, 2012

Pasu, Paku Gajah



Pasu dan seramik tu adalah pemberian sahabatku yang baik hati, siapa lagi kalau bukan Pn. Fairos. Dalam masa berpantang sempat dia turun tanah nak beri pasu-pasu tu..kalau dia tak beri memang nak mintak pun. Hehehe! Sebenarnya nak letak pasu orkid, tapi belum ada lagi pasu orkid yang menarik. Cuma pokok orkid buluh (arudina mini) tu aje yang ekok.


Paku gajah ni dah mula tumbuh dengan suburnya. Batang dia pun dah penuh dengan anak-anak orkid. Nampaknya anak-anak tu elok aje dia di situ. Depan dia masih bersepah.


Paku gajah tu pun pemberian Pn. Fairos. Minta maaf la ya, ambil terus dari pasu. Batang kayu dan konkrit tu kerja kami anak beranak masa cuti sekolah yang lepas. Nak ubah konsep dari "nusantara" kepada "belantara". Nampak tu, pucuk dia dah mula keluar.


Lagi satu pokok paku gajah. Sebenarnya di batang dia tu ada dua jenis bulbo, tapi terlindung oleh daun anak pokok paku tu. Rasanya lagi setahun dua dah jadi dah landskap tu.

Sunday, March 11, 2012

Tiga dalam Satu


Ini versi daripada kenalan orkid, yang atas meja aja...hehehe harap-harap semuanya hidup (10 jenis tu...)


Ini versi nurseri. Mana boleh jadi pergi rumah kawan-kawan banyak yang ada, sebelum balik tadi singgah juga.


Ini versi ragut (macam tak sedap aje bunyinya, bukan ragut tapi tarik). Tarik dari sebatang pokok durian di tepi jalan semasa dalam perjalanan pulang. Dah selalu lalu lalang di situ nampak dia dok tergantung-gantung melambai-lambai minta di ambil. Tarik sepokok aje, tapi jatuhnya macam tu, tak kan nak tinggalkan nanti mati pula dia. Nasib baik tak banyak kereta yang lalu sebab hapir-hampir terjatuh masa melangkah parit tadi dengan berbaju kurung. Orkid punya pasal semuanya sanggup ku lalui.


Ini versi semalam semasa ziarah rakan orkid di rumah Mak Hajah dan Pak Haji.