Thursday, May 28, 2015
Gangora
Pasu ke dua berbunga. Yang pertama terlepas, tak sempat nak ambil gambar. Dua spike sahaja untuk pasu ini. Dan yang ini tak banyak kerenah.
Saturday, May 23, 2015
Brassavola
Ke tiga-tiga brassavola saya sudah berbunga. Ini yang biasa-biasa sahaja. Masalahnya jarang jengah waktu malam, tak dapat nak hidu baunya.
#brasavola nadosa (kot!... Hehehe takut salah)
Sunday, May 17, 2015
Gatton Sunray
Pokok ini berbunga buat pertama kalinya. Lebih kurang empat tahun juga. Dulu dikira pokok bangsawan tetapi sekarang ni sudah tidak semahal dulu. 2 Spikes sahaja. Syukur sangat.
(tak sia-sia tinggalkan dua minggu dan anak yang jaga )
#dendrobium Gatton Sunray
Subscribe to:
Posts (Atom)
