Wednesday, February 29, 2012

Selamat

Antara gambar yang dapat diselamatkan dalam kamera lamaku

Bulbo,



Aduhai....halus sangat, kamera tak canggih tak dapat nak close-up. Dalam banyak-banyak bulbo yang ada, satu ni pulak keluar bunga. Tapi itulah...halus sangat bungannya, itupun belum sempat kembang lagi kamera dah KO.

Thrixspermum sp, (nama sebenar tak tau)

Versi nurseri.


Versi jalan-jalan.


Dah beli baru jumpa sendiri, rezeki tokey.

HELLO! tak kan orkid aje, I pun nak interframe.

Sunday, February 26, 2012

Vanda

Vanda Phantom Gold (VPG)






Vanda Kulvadee Fragrance No.1. (VKF1) Makin lama bunga ni makin gelap warna dia. Beli saing dengan yang di atas, tapi bunga dia lebih tahan lama dari VPG.





Yang ni saiz bunga dia besar, tu yang tangkai dia menyenget (nama tak tau, terlupa nak ambil dari tokey). Pokok ni baru beli bulan lepas.





Patut pun ramai orang minat kat vanda ni, di samping bunga yang besar dan cantik, ia juga tahan lama dan rajin berbunga. Ada perasan gambar di atas ada yang jelas dan tidak. Gambar ini sebenarnya hanya diambil menggunakan dua kemera telefon yang berbeza. Kesian kan, guna telefon aje, nak buat macam mana kamera saya dah kena mandi dek hujan akibat kecuaian sendiri. Tapi cita-cita ada untuk menggantikannya dengan yang baru tetap ada. Bila saya dapat memuat turun gambar bunga peringkat demi peringkat saya merasa amat puas sebab ia umpama saya melihat bunga ini mekar sepanjang masa. Saya ada gambar pokok specise yang amat cantik (pada mata saya) tapi sayangnya gambar tidak jelas. Saya tidak tahu jenis apa, kalau jelas pastinya orang yang berpengalaman boleh memberikan idnya. Saya harap pokok tersebut akan berbunga lagi dalam tahun ini.

Wednesday, February 22, 2012

Selipar

Hari ni dalam surat khabar ada masuk cerita pasal orkid selipar. Mari kita layan gambar di bawah







Gambar-gambar ni bukan kan laman rumah, tapi di gerai pameran. Tahun lepas ada juga cuba membela orkid ni, tapi dah jadi mimpi ngeri. Semua dak KO. Awal-awal tu cantik aje pokoknya, tah di mana silap akhirnya semua ke syurga. Nak beli lagi rasanya tidak. Dengan harga yang ditawarkan sebegitu, rasanya macam serik pulak (buat setakat ni, akan datang tak tau la pulak). Tapi....ada tapinya, kalau ada orang yang sudi nak sedekah kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.