Tuesday, April 26, 2011

Orkid Oh Orkid

Jeng! jeng! jeng!... Ha! dah masuk tajuk orkid pula. Dulu aku ada tulis sejak bila aku minat orkid, so malas nak tulis panjang-panjang lagi.

Setelah ditolak, ditambah dan dconggak rasanya aku dah mula membela orkid dengan lebih giat hampir lima bulan. Berapa banyak pokok yang aku dah ada? Banyak... tapi yang pasti RM yang dihabiskan lagilah banyak. Tapi kalau orang kata dah minat nak buat macam mana ya. Tapi itulah!, kebanyakkan pokok aku tu cenonet aje. Kalau ikutkan semua jenis pokok orkid aku nak bela, tapi nak buat macam mana, tak ada tempat nak diletak pula.


Pokok-pokok orkid baru nak belajar

Bermula dengan orkid reject dari nurseri (orkid yang sisa) lepas tu dari pasar tani (En, Hussin), lepas tu dari merata nurseri yang aku singgah dan ada juga yang aku beli dari alam maya (kak Tina) tak ketinggalan juga angkut dari kampung. Rasanya macam dah tak muat tempat mengantung orkid aku. Gambar-bambar yang ada tu gambar lama, gambar baru belum berkesempatan lagi. (Kamera dah rosak sebab banyak sangat photographer)


Inilah wajah taman orkid gantung versi pandangan tukang masak (di dapur). (Sila abaikan gambar penyapu tu ya)

So, setakat ini dulu cerita orkid aku ya.

nota kaki: terima kasih untuk abang sebab beri sokongan untuk hobi saya

Friday, March 25, 2011

Adenium (1)

Macam mana aku boleh terbela pokok ni ya? Biasanya aku tengok di rumah orang cina banyak tanam pokok ni. Dah terlanjur pergi nurseri aku pun beli. Tapi pokok pertama aku tak ada gambar pulak. Bermula dengan adenium pink yang aku beli dengan harga RM6 sepokok. Masa ni pokok tu kecil aje dan nurseri tu pun nak pindah tempat. Rasanya dah lebih 10 tahun aku tanam tapi tak cantik sangat pokok dia sebab aku tak pandai nak menghias/membentuk pokok ni.



Ni adenium warna merah. Kelopak dia agak bulat dan warnanya tidak terlalu gelap. Ni pokok kedua aku. Masa beli pun kecik aje. Sebenarnya pokok ni pernah diserang siput, habis kulit di sekeliling batangnya yang memebengkak tu. Nasib baik dia pulih. Memang tak mengecewakan sangat rajin berbunga.




Yang ni warna putih. Dah banyak warna lain tak kanlah warna asas macam ni aku tak ada kan? Ha tu yang aku beli tu. Masa ni aku beli sebagai hadiah untuk diri sendiri di sebuah nurseri yang memang menyemai pokok ni. Kononnya sempena hari ibu pada tahun lepas. Lepas ni aku malas nak beri hadiah hari ibu. Buat apa aku ikut sangat budaya barat kan? Biarlah aku sambut hari ibu setiap hari...so hari-hari adalah hari ibu.Hadiah?...parah tu kalau kena beli hari-hari. Sekarang ni pokok dalam rawatan sebab aku tak pandai tanam. Tersalah guna tanah, tak menjadi. Bila aku guna tanah yang bercampur dengan organik, habis pokok aku. Aku kena ikut cara lama, guna tanah tepi jalan depan rumah, yang banyak pasir tak perlu tanak gred baik. Ha! dah mula keluar daun baru...namapun "try n error". Asal pokok aku tak kojol sudah.



Gambar tak berapa jelas. Maklumlah kamera cap ayam, bukannya DSLR. Cantik kan warna dia. Warna merah hati. Aku tak ingat di mana aku beli pokok ni. Mungkin tempat yang sama dengan yang putih itu. Kelopak dia agak runcing.





Pokok yang sama. Warna dia berbelang-belang. Aku namakan pokok ni "stripe pink" (merah jambu berbelang). Ni pun aku beli di nurseri yang sama dengan yang putih tu..Gambar yang bawah tu lepas hujan. Tu yang tak menarik...time bunga time tu hujan le pulak. Kembang tak lama lah jawabnya.

Lepas tu aku ada beli yang berlapis,gelarannya "roses 1000 years". Mengikut kata penjual, pokok ini dibawa dari Thailand. Punyalah mahal, dua kali ganda dari jenis pink berbelang dah lah tu, pokok tu comel aje. Tapi malangnya, beberapa hari di tangan aku pokok ni lembik. Nasib baik tak kojol. Aku ikut tip dari apek nurseri dia suruh cabut lepas tu gantung (anginkan)satu atau dua minggu. Lepas tu tanam semula. Dah dua kali aku buat dan akhirnya tanah tepi jalan juga yang dia berkenan. Sekarang ni baru nak keluar daun (agak lebar dan lebat). Seronok aku tengok...gambar?..tak ada lagi. Cantik tau, warna merah hati berbelang.

Sunday, March 20, 2011

Perubahan

Kalau sebelum ni aku dah masukkan gambar laman aku yang dah hijau, kali ni aku nak tunjukkan pula laman lamaku.



Ha, tulah gambar tempayan dari kg yang kami angkut. Gambar model tu gambar bujang nombor dua sedang menikmati ikan bakar. Rasanya ni dalam bulan Febuari 2010. Tempayan tu kami gunakan sebagai meja sementara. Nak cuba cari alas bulat tapi tak jumpa.




Masa ni aku mula tanam rumput. Aku tanam lepas 3 April. Tanam sikit-sikit. Nampak tak meja BBQ tu. Masa ni penutup dia aku guna papan lapis aje, ni pun aku minta wak yang renovete rumah sebelah.




Lepas tu beli lagi rumput dan tanam biar penuh. Lepas ni dapatlah aku mengikuti perkembangan laman rumah aku. Itupun bergantung pada aku sendiri jugga.