Sunday, May 17, 2015

Gatton Sunray







Pokok ini berbunga buat pertama kalinya. Lebih kurang empat tahun juga. Dulu dikira pokok bangsawan tetapi sekarang ni sudah tidak semahal dulu. 2 Spikes sahaja. Syukur sangat.

(tak sia-sia tinggalkan dua minggu dan anak yang jaga )

#dendrobium Gatton Sunray

Saturday, May 9, 2015






Dah empat tahun aku tanam pokok ni.  Beli dari cutting aje,  bukan banyak pun daun dia masa tu.  Lebih kurang 3-4 helai.  Dari satu kayu aku tambah lagi kayu sebab dah tak muat.  Selalu belek bilalah kamu ni nak berbunga.  Sedar-sedar dah kembang.  Punya lah gembiranya hati ini.  Ingatkan satu.  Eh... ada lagi... dua, tiga. Agak lama juga kembangnya. Puas hati.
#brasavola David Sander