Thursday, September 5, 2013
Tiga Serangkai
Dulu dalam pasu gantung, sekarang dah digantung di tembok. Disebabkan di kawasan ini sahaja cahaya matahari pagi banyak. Semua pokok catt. sudah dilekatkan di tembok. Banyak risiko juga sebenarnya bila dilekatkan terus di tembok. Akar selalu dimakan siput (itulah kalau buat tak fikir banyak).
Tuesday, September 3, 2013
Pengumuman
Dengan ini saya ingin memberitahu bahawa dendro. anosmum alba saya telahpun berbunga dengan rasminya (dengan penuh sukacitanya)
Rasa teruja pun ada, sebab masa beli pokok ni sebatang aje. Lepas tu keluarlah anak-anak dia, dan anak pun dah membesar sebagai johan. 3 kuntum pun jadilah kan selepas 3 tahun untuk bunga sulong.
Rasa teruja pun ada, sebab masa beli pokok ni sebatang aje. Lepas tu keluarlah anak-anak dia, dan anak pun dah membesar sebagai johan. 3 kuntum pun jadilah kan selepas 3 tahun untuk bunga sulong.
Sunday, September 1, 2013
Pokok Apakah Ini?
Ada sesiapa tahu pokok apakah ini?
Dari segi fizikal memang sungguh tidak memberangsangkan, macam tak nampak apa-apa kelebihan yang ada padanya. Tapi dari segi bau amat-amat awesome. Apabila daun sudah terpisah dari dahannya, ia akan megeluarkan bau yang amat wangi seperti bau daun pandan. Pokok ini dapat dari kenalan pembetulan, bukan dapat tapi mintak. Tanpa segan-silu sebab dah jatuh cinta dengan baunya.
Mula-mula berkenalan dengan pokok ini pun sebab kenalan tersebut memberi sehelai daun untuk diletakkan di celah-celah purse. Apa lagi, setiap kali buka purse mesti bau wangi. Baunya tahan lama. Tapi bukan suruh selalu berbelanja untuk mendapatkan bau yang wangi.
Misi seterusnya untuk membiakkan pokok ini dan daunya nak buat pot pouri. Bakal semerbaklah baunya nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)