Sunday, September 1, 2013

Pokok Apakah Ini?


Ada sesiapa tahu pokok apakah ini?

Dari segi fizikal memang sungguh tidak memberangsangkan, macam tak nampak apa-apa kelebihan yang ada padanya. Tapi dari segi bau amat-amat awesome.  Apabila daun sudah terpisah dari dahannya, ia akan megeluarkan bau yang amat wangi seperti bau daun pandan. Pokok ini dapat dari kenalan pembetulan, bukan dapat tapi mintak. Tanpa segan-silu sebab dah jatuh cinta dengan baunya. 

Mula-mula berkenalan dengan pokok ini pun sebab kenalan tersebut memberi sehelai daun untuk diletakkan di celah-celah purse. Apa lagi, setiap kali buka purse mesti bau wangi. Baunya tahan lama. Tapi bukan suruh selalu berbelanja untuk mendapatkan bau yang wangi.  

Misi seterusnya untuk membiakkan pokok ini dan daunya nak buat pot pouri. Bakal semerbaklah baunya nanti.

Wednesday, August 28, 2013

1,2,3

Testing, testing....1...2....3

Mata baru baik






belum baik sepenuhnya...ada yang masih kabur

Wednesday, August 21, 2013

Salam Syawal

Salam Syawal Untuk Semua.

Ha!....kenapa dah lama tak update?
Biasala bila mata dah buta.
Dah tak ada apa nak dilihat, tapi nasib baik dapat la juga tengok sebelum mata menjadi buta.
Layan bunga yang tak seberapa...





Walaupun bunga biasa-biasa, tapi yang ini jugalah yang tahan lama. Rajin pulak tu.
Minggu ni tuan rumah buat operasi bersih di pondok orkid. Mana-mana pokok yang nyawa-nyawa ikan telah selamat. Mana-mana kayu yang kosong dah selamat dilempar masuk tong sampah. Sambil tu tuan rumah buat juga pembiakan mana-mana pokok yang ada potensi untuk dibiakkan.

Macam kawan kata, jangan ambil risiko tanam pokok yang akhirnya akan mati. Experiment akan dibuat tiga kali sahaja untuk pokok yang PALING berkenan di hati. Kali pertama mati, tanam lagi, kali ke dua mati, tanam lagi....tapi kalau kali ke tiga tanam dan mati, sah-sah tak akan di tanam lagi.