Tuesday, September 18, 2012

Laman Orang Lagi

Semalam selepas makan angin sempat singgah di kampung dan singgah juga rumah kenalan orkid, dan agak terlambat sebab banyak yang baru sudah berbunga. Tapi tak apa, ada juga buat tatapan mata ni

Friday, September 7, 2012

Syawal

Salam Syawal semua. Nak ucap selamat hari raya, hari raya dah habis dah cuma bulan syawa belum habis lagi. Dah lama tak update...hehehe bukannya apa tools yang paling utama dah masuk workshoop, maka datanglah penyakit MMMMM. Tapi nak juga masukkan sikit, sikit jaa
Ingatkan tak sempat nak tengok dia kembang sekembalinya dari bercuti hari raya, rupanya nasib masih menyebelahi tuannya.

Friday, August 17, 2012

Bunga Pun Nak Raya

Hoya merah ni sekali kembang 3, bertingkat-tingkat di dinding tu.
Berbunga sulung dibeli di Keluang. Tak sangka pulak bunganya agak besar, masa beli tu tak tau jenis apa, pakai angkat aja sebab murah.
Bunga-bunga adenium ni dah lama tak berbunga banyak sebab selalu diserang penyakit. Dah terlanjur spray orkid, spray dia sekali, letak baja...haaaaa puashati. Yang ni koleksi pertama, rasanya sudah lebih 12 tahun.
Koleksi ketiga, yang paling rajin berbunga tidak pernah putus.
Kolesi kedua. Pemberian staff semasa berada di UTCL. Sudah pulih dan berbunga.
Koleksi yang ke berapa???. Rose 1000 years. Pertama kali berbunga setalah mengalami proses lembik-jemur-keras beberapa kali. Rasanya ada 4 kali dia menjalani rawatan.
Gatton Sunray, berbunga untuk kali ketiga. Adakah tuan dia sempat melihat dia mekar??? (Balik kampung punya pasal)
Cymbidium Golden Elf ni pun nak kembang, tak taulah sempat tengok dia kembang atau tidak. Kembang kali pertama cuma dua kuntum sahaja.