Wednesday, April 4, 2012

Aerides - Ada Perbezaan?

Agak-agak ada perbezaan tak untuk dua jenis aeries di bawah ni?

Yang ni dapat (beli la) dari orang asli di CH.




Yang ni dapat (chewah!...memang dapat pun di pekan X)


Minta maaf la, yang dari pekan X tu dah pernah post sebelum ini, tapi gambar tak clear sebab guna kamera hp aja.
Dalam pengamatan mak cik yang dah makin berumur ni, agak kabur la. Cuma yang pasti kalau dari X punya daun mudanya ada dot-dot coklat, manakala dari CH tu daunya clear aja. Masa pergi di pasar tani dulu, tokey orkid tu kata ada perbezaan antara daun dot-dot dan tiada dot-dot, waullah wa' lam. Nak rujuk mak cik tak ada buku rujukan, kepada sesiapa yang tau bolehlah beritau mak cik ni.

Tuesday, April 3, 2012

Ati-Ati

Hari ni tajuk kita lari dari orkid. Mari kita menjamu mata dengan pelbagai jenis Ati-ati yang ditanam oleh ibu mertuaku.










Sunday, April 1, 2012

Ahli Baru

Kalau hati dah berkenan tak perlu kata apa-apa, hulur duit ajalah. Orang yang jual tu tulis Nobile Red/Yellow...

Beli semasa berada di kampung, adalah pulak karnival pas tu ada satu gerai jual orkid. Tak ambil yang mahal-mahal lagipun banyak jenis dendro hibrid biasa. Berkenan dengan satu orkid dwiwarna, oren dan merah, tapi rm tak mengizinkan...hehehe

dan juga yang ini(murah aja ni)